Presiden Niger yang digulingkan cuba larikan diri - Pihak berkuasa tentera
Bernama
Oktober 20, 2023 17:20 MYT
Oktober 20, 2023 17:20 MYT
MOSCOW: Pemimpin rampasan kuasa di Niger pada Khamis berkata pihaknya mengagalkan percubaan melarikan diri oleh bekas presiden Mohamed Bazoum, yang digulingkan dan dikenakan tahanan rumah sejak akhir Julai, lapor Sputnik.
"Tindakan pantas pasukan pertahanan dan keselamatan berjaya mematahkan percubaan untuk menggugat kestabilan negara," lapor Reuters memetik kenyataan jurucakap tentera Niger.
Bazoum dan keluarganya, dengan bantuan rakan dalam pasukan keselamatan, merancang memandu kenderaan ke pinggir ibu kota Niamey dan kemudiannya menaiki helikopter ke negara jiran Nigeria, dakwa pihak berkuasa tentera.
Presiden Bazoum yang disokong Perancis, digulingkan oleh pasukan elit tentera negara itu pada akhir Julai.
-- BERNAMA