Presiden Morsi umum darurat di Mesir

Astro Awani
Januari 27, 2013 07:49 MYT
Kekacauan berterusan memaksa Presiden Mesir, Mohamad Morsi mengisytiharkan perintah darurat 30 hari membabitkan tiga Bandar di sepanjang Terusan Suez.
Pengumuman itu dilakukan menerusi televisyen pada lewat ahad
Dengan perkembangan itu, tentera diberi kuasa menahan mana-mana orang ramai yang melanggar arahan pihak berkuasa.
Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Morsi mendesak supaya dialog diadakan dengan pemimpin politik bagi mencari penyelesaian.
Sekurang-kurangnya 48 terbunuh sejak Jumaat lalu dalam tunjuk perasaan sempena ulang tahun kedua revolusi rakyat Mesir menumbangkan kepimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Situasi diburukkan lagi dengan keputusan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 tertuduh kerana didapati bersalah dengan keganasan bola sepak pada Februari lalu.
Sekurang-kurangnya, 32 terbunuh apabila ahli keluarga pesalah cuba merempuh penjara di Port Said yang kemudian dicemari dengan keganasan.
#Mesir #Presiden Morsi #rusuhan #tunjuk perasaan
;