Presiden Moldova umum tanding jawatan Presiden

Bernama
Disember 24, 2023 22:26 MYT
Maia Sandu mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatannya dan bertanding untuk penggal kedua. - AP
CHISINAU: Presiden Moldova Maia Sandu mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatannya dan bertanding untuk penggal kedua dalam pemilihan presiden akan datang, lapor Sputnik.
Pilihan raya presiden akan diadakan pada 2024 manakala pilihan raya Parlimen dijadual pada Julai 2025.
Selain itu, beliau turut meminta Parlimen menganjurkan referendum mengenai penyertaan Moldova dalam Kesatuan Eropah (EU) pada musim luruh akan datang, menurut kerajaan dalam satu kenyataan pada Ahad.
Moldova menyerahkan permohonan keahlian kepada EU pada Mac 2022.
Pada Jun 2022, sidang kemuncak EU memberi status calon dan pada 14 Dis 2023 kesatuan itu memutuskan untuk memulakan rundingan mengenai keanggotaan Moldova.
-- BERNAMA
#Moldova #presiden #maia sandu #pemilihan presiden
;