Presiden Mesir bertemu Pengarah CIA, PM Qatar bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Agensi
Februari 13, 2024 07:15 MYT
Februari 13, 2024 07:15 MYT
KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi mengadakan pertemuan dengan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Bill Burns dan Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada Selasa dalam usaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Menurut jurucakap Presiden Mesir, dalam pertemuan Abdel Fattah dengan Sisi, Burns menyampaikan "penghargaan atas usaha gigih Mesir mencari perdamaian di Semenanjung Gaza, mempeoleh gencatan senjata selain pertukaran tahanan dan tawanan.
Burns dan Abdel Fattah juga bersetuju bahawa “rundingan dan penyelarasan intensif” akan terus mencapai matlamat gencatan senjata, perlindungan orang awam dan mengaktifkan penyelesaian dua negara yang secara tidak langsung meningkatkan usaha untuk mewujudkan keselamatan dan kestabilan di rantau ini" kata jurucakap itu lagi.
Dalam perkembangan sama jurucakap itu berkata, Abdel Fattah dan Mohammed mengadakan pertemuan dengan Ketua Agensi Perisikan Mesir, Mejar Jeneral Abbas Kamel dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Negara Qatar, Mohammed bin Abdulaziz al-Khulaif.
Dalam pertemuan itu, Abdel Fattah menekankan "kesungguhan untuk meneruskan perundingan dan penyelarasan antara kedua-dua negara."
Sementara itu, jurucakap Presiden turut memberitahu, terdapat inisiatif “menyemak semula” usaha yang bertujuan mencapai gencatan senjata dan melindungi orang awam daripada keadaan yang semakin buruk di Semenanjung Gaza."
Pemimpin Mesir dan Qatar turut memberi tumpuan menangani pada peningkatan operasi ketenteraan di Rafah yang telah mencetuskan “bahaya yang melampau.”
Burns mengadakan kunjungan ke Kaherah untuk meneruskan rundingan kemungkinan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan dengan David Barnea iaitu Pengarah Agensi Perisikan Israel, Mossad serta bersama pegawai Mesir dan Qatar. - Agensi