Presiden Mali alukan kehadiran tentera Perancis

Astro Awani
Januari 16, 2013 06:25 MYT
Pergolakan di Mali menyaksikan ketika operasi menyeluruh sedang giat dijalankan, presiden negara itu, Dioncounda Traore menyambut kehadiran anggota tentera tambahan dari Perancis.
Beliau berharap, ketumbukan tentera Perancis berupaya melumpuhkan penguasaan pelampau di kawasan utara.
Kumpulan pelampau yang menguasai kawasan utara negara itu didakwa ada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.
Setakat ini hanya Perancis terlibat dalam operasi ketenteraan.
Sebelum ini hanya tentera blok Afrika melahirkan komitmen untuk membantu Mali memerangi elemen pelampau.
#Al-Qaeda #Mali #Perancis
;