Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO

Bernama
Disember 25, 2024 11:40 MYT
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu. - Foto fail/REUTERS
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu sekali lagi tidak mengendahkan panggilan kedua daripada badan antirasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera yang kontroversi pada 3 Dis lalu, lapor agensi berita Yonhap.
Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum 10 pagi sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat sebelum ini.
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
-- BERNAMA
#Yoon Suk Yeol #gagal hadir #soal siasat #Rasuah
;