Presiden Joe Biden harap genjatan senjata di Gaza sebelum 4 Mac

Agensi
Februari 27, 2024 08:45 MYT
Joe Biden berharap gencatan senjata dapat dicapai menjelang minggu depan dalam usaha meredakan konflik antara Israel dan Hamas. - Gambar AP
TEXAS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap gencatan senjata dapat dicapai menjelang minggu depan dalam usaha meredakan konflik antara Israel dan Hamas.
"Saya berharap pada penghujung hujung minggu (gencatan senjata dicapai). Penasihat Keselamatan Negara memberitahu saya bahawa kita semakin hampir, hampir tetapi belum selesai.
"Harapan saya ialah pada hari Isnin depan kita akan mengadakan gencatan senjata," kata Biden pada Isnin. - Agensi
#Donald Trump #Joe Biden #gencatan senjata #Hamas
;