Presiden AS Joe Biden disahkan positif COVID-19
Agensi
Julai 21, 2022 23:43 MYT
Julai 21, 2022 23:43 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden disahkan positif COVID-19 dengan hanya mengalami gejala ringan pada Khamis.
Lapor White House, Biden, 79 tahun telah mendapatkan ubat antiviral Paxlovid sebagai rawatan.
Jangkitan itu berlaku ketika Amerika Syarikat sedang dilanda gelombang wabak COVID-19 yang dahsyat dengan ditambah ancaman varian BA.5 yang lebih menular.
Sehari sebelum dijangkiti, Biden menghabiskan harinya dengan mengembara dan memberi ucapan tentang matlamat tenaga bersih pentadbiran di Massachusetts.
Biden bagaimanapun telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap virus itu dan telah mengambil dua dos vaksin penggalak.
Buat masa, White House memberitahu Biden akan mengasingkan diri sehingga ujian disahkan negatif.
Sebelum ini, Donald Trump turut diuji positif COVID-19 semasa memegang jawatan Presiden pada tahun 2020 dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.