Presiden Jerman terkejut dengan insiden tembakan di Munich

Agensi
Julai 23, 2016 09:06 MYT
GAUCK: Saya sentiasa fikirkan tentang mangsa serta mereka yang sedang meratapi pemergian orang tersayang. - Foto AFP / CHRISTOF STACHE
Presiden Jerman Joachim Gauck berkata beliau berasa terkejut dan takut dengan insiden tembakan di kompleks beli-belah di Munich yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 individu maut, termasuk suspek.
"Saya sentiasa fikirkan tentang mangsa serta mereka yang sedang meratapi pemergian orang tersayang," katanya dalam satu kenyataan pada .
Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere, yang sedang dalam penerbangan ke New York akan segera kembali ke Jerman.
BACA: 10 maut dalam insiden tembakan di Munich
Dalam kejadian pada 6 petang waktu Jerman itu, sepuluh orang maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden melibatkan seorang penembak.
Menurut polis, suspek telah menembak mati sembilan mangsa sebelum menembak dirinya sendiri.
#Jerman #Joachim Gauck #Mcdonald's #Munich #Presiden Jerman #tembakan
;