Presiden Jerman lawat Kemboja, Malaysia

Bernama
Februari 14, 2023 12:40 MYT
Frank-Walter Steinmeier, Presiden Jerman. - Gambar fail REUTERS
BERLIN: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier pada Isnin berlepas ke Kemboja dan Malaysia dalam usaha memperbaiki hubungan politik, serta menggalakkan perdagangan dan perubahan iklim, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik kenyataan pejabat presiden.
Lawatan itu turut memberi tumpuan lain termasuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi Jerman susulan krisis Rusia-Ukraine dan pergantungan Jerman kepada China yang dianggap semakin berisiko.
Steinmeier akan bertemu ketua negara serta perdana menteri Kemboja dan Malaysia untuk rundingan.
Steinmeier juga diiringi rombongan yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan.
Kenyataan itu turut menggariskan kepentingan ekonomi di rantau ini dengan hampir 1,000 syarikat Jerman kini aktif di Malaysia.
Steinmeier dijangka melawat projek pembersihan lombong yang dibiayai oleh Jerman dan kompleks kuil Angkor Wat di Kemboja.
Ini adalah lawatan ketiga Steinmeier ke rantau ini sejak dilantik semula pada tahun lalu.
--BERNAMA
TAG: Jerman, Frank-Walter Steinmeier, lawatan, Malaysia, Kemboja, diplomasi
#ekonomi #Frank-Walter Steinmeier #Jerman #Presiden Jerman lawat Malaysia
;