Presiden Itali bubar Parlimen, pilihan raya ditetap 4 Mac

Astro Awani
Disember 28, 2017 20:47 MYT
Presiden Itali Sergio Mattarella putuskan pilihan raya umum negara itu 4 Mac 2018 - foto Twitter/Davson Bond
Presiden Itali Sergio Mattarella umum membubarkan Parlimen negara itu, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 4 Mac 2018.
Tarikh pilihan raya disahkan selepas Presiden Mattarella mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri serta ketua bagi kedua-dua dewan.
Parti pemerintah, Parti Demokratik berjaya melengkapkan penggal lima tahun, tetapi di bawah pentadbiran tiga orang perdana menteri.
Ia kini berdepan cabaran besar dari beberapa parti haluan kiri, termasuk Five Star (M5s), serta parti haluan kanan Forza Italia.
Kebanjiran pendatang, khususnya dari negara-negara sub sahara Afrika, antara isu utama yang dijangka mendominasi pilihan raya kali ini.
Sehingga kini tinjauan pendapat mendapati, tiga parti pembangkang, bakal menentukan kedudukan majoriti.
Parti Forza Itali, yang dipimpin bekas perdana menteri Silvio Berlusconi semakin peroleh sokongan memberangsangkan.
Parti itu juga diramal bakal membentuk pakatan dengan beberapa parti haluan kanan lain untuk membentuk kerajaan.
#Itali #kerajaan #menteri #Parlimen #pembangkang #Perdana Menteri #pilihan raya #pilihan raya umum #presiden