Presiden Iraq Jalal Talabani stabil selepas strok
Astro Awani
Disember 18, 2012 07:13 MYT
Disember 18, 2012 07:13 MYT
Presiden Iraq Jalal Talabani dilapor masih berada di unit rawatan rapi selepas diserang strok.
Bagaimanapun keadaannya dilaporkan masih stabil.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Talabani meninggal dunia pada Selasa kerana strok. Mengulas perkembangan itu, jurucakapnya Nasir Ani tidak memperincikan keadaan sebenar Talabani.
Dia dimasukkan ke hospital deka Baghdad pada Selasa selepas mengadu kepenatan. Pemeriksaan kesihatan kemudian mendapati arteri jantungnya bermasalah.
Kumpulan perubatan dari Jerman dan Britain dijangka tiba di Baghdad akan membuat keputusan sama ada menghantar Talabani mendapat rawatan di luar negara atau sebaliknya.
Kesihatan presiden berusai 79 tahun itu merosot sejak kebelakangan ini dan pernah menjalani pembedahan jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 2008.
Dia juga pernah menerima rawatan di Jordan kerana kekurangan air dan mengalami kepenatan.
Perkembangan yang berlaku dilihat akan meningkatkan ketidaktentuan politik di negara teluk itu, menjelang pengunduran tentera AS dari Iraq.