Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen

Bernama
Julai 30, 2024 23:31 MYT
Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun. - Foto AP
TEHRAN: Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.

Ringkasan AI
  • Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk memimpin cabang eksekutif negara selama empat tahun.
  • Upacara dihadiri delegasi dari kira-kira 88 negara dan pegawai kanan Kerajaan Iran, serta berlangsung di Dewan Utama Parlimen Iran.
  • Pemimpin Tertinggi Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengesahkan keputusan pilihan raya presiden, membolehkan Pezeshkian memulakan tugasnya sebagai presiden kesembilan Iran.

Agensi Berita Iran (IRNA) melaporkan bahawa Pezeshkian mengangkat sumpah pada petang Selasa waktu tempatan dalam satu upacara yang dihadiri oleh delegasi dari kira-kira 88 negara dan pegawai kanan Kerajaan Iran.
Sebagai sebahagian daripada sumpah itu, Presiden bersumpah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Presiden Republik Islam.
Pezeshkian juga bersumpah untuk memelihara Islam, sistem Republik Islam dan Perlembagaan sebagai Presiden Iran.
Beliau kemudian menyampaikan ucapan kepada para hadirin di Parlimen.
Upacara mengangkat sumpah bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan, di Dewan Utama Parlimen Iran di pusat bandar Tehran.
Ia diadakan dua hari selepas Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengesahkan keputusan pilihan raya presiden baru-baru ini di Iran, membolehkan Pezeshkian memulakan tugasnya sebagai presiden kesembilan dalam sejarah Iran.
-- BERNAMA
#Presiden Iran #Masoud Pezeshkian #angkat sumpah #Parlimen Iran
;