Presiden Iran lawat Syria kali pertama selepas lebih 12 tahun

Bernama
Mei 3, 2023 16:27 MYT
Lawata itu adalah yang pertama oleh presiden Iran ke Damsyik sejak bermulanya perang saudara di Syria pada 2011. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Presiden Iran Ebrahim Raisi akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Damsyik atas undangan rasmi Syria pada Rabu, lapor Sputnik.
Raisi akan bertemu rakan sejawatannya dari Syria Bashar Assad dan pegawai tinggi lain. Beberapa perjanjian dua hala dijangka ditandatangani, khususnya mengenai kerjasama ekonomi, menurut laporan media.
Lawatan itu adalah yang pertama oleh presiden Iran ke Damsyik sejak bermulanya perang saudara di Syria pada 2011.
Kali terakhir presiden Iran membuat lawatan ke Syria ialah Mahmoud Ahmadinejad pada 2010.
-- BERNAMA
#Ebrahim Raisi #lawatan rasmi #Syria #Iran
;