Presiden Iran dilempar kasut
Astro Awani
Februari 6, 2013 12:34 MYT
Februari 6, 2013 12:34 MYT
Seorang penunjuk perasaan diberkas kerana melemparkan kasut ke arah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
Ia berlaku semasa lawatan Presiden Iran ke sebuah masjid di ibu kota Mesir, Kaherah.
Kasut itu bagaimanapun tidak mengenai Mahmoud yang berjaya dilindungi kerana dikawal ketat keselamatan.