Presiden Georgia tolak keputusan pilihan raya

Bernama
Oktober 28, 2024 19:22 MYT
Salome Zourabichvili berkata presiden dan pembangkang tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang dianggap sebagai penipuan. - AP
TBILISI: Presiden Georgia Salome Zourabichvili pada Ahad menolak keputusan Pilihan Raya Parlimen yang didakwanya sebagai satu penipuan, lapor Xinhua.
Pada sidang media, beliau berkata presiden dan pembangkang tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang dianggap sebagai penipuan.
"Saya tidak menerima pilihan raya ini. Ia tidak boleh diterima," kata Zourabichvili sambil menyeru rakyat supaya mengadakan protes di luar Parlimen Georgia.
Pada Sabtu, Georgia mengadakan pilihan raya parlimen di bawah sistem sepenuhnya berkadar buat kali pertama. Hampir 90 peratus pengundi memilih menggunakan peranti elektronik yang dipasang di pusat pengundian.
Parti pemerintah, Georgian Dream, memenangi pilihan raya parlimen itu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat lewat Sabtu.
-- BERNAMA
#pilihan raya #Georgia #Salome Zourabichvili #penipuan
;