Presiden Cyprus adakan pertemuan bersama pemimpin EU

Astro Awani
Mac 24, 2013 06:35 MYT
Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades dan menteri kewangan pada Ahad mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.
Pertemuan itu dilihat sebagai jalan penyelesaian terakhir Cyrpus untuk mendapatkan pakej penyelamat bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang semakin mendesak di negara itu.
Rancangan asal kerajaan Cyprus untuk mengenakan levi sekali ke atas semua pendeposit bank di bank terpaksa dibatalkan selepas ditolak dalam satu pengundian di Parlimen.
Cyprus kini perlu mendapatkan bantuan kewangan lebih €10 bilion (RM 40.33) daripada peminjam antarabangsa bagi mengelakkan sistem perbankannya daripada lumpuh.
Sebelum ini, Cyrpus dikehendaki mengumpul sejumlah dana bagi melayakkan mereka memperoleh bantuan kewangan yang sewajarnya.
Ini kerana, sebarang usaha untuk mendapatkan pinjaman tambahan boleh menyebabkan beban hutang Cyprus mencecah ke paras yang sukar diuruskan.
Menteri Kewangan Luxemborg, Luc Frieden menegaskan, pertemuan Anastasiades dan pemimpin EU perlu tampil dengan satu jalan penyelesaian yang tuntas.
Proses penstrukturan semula dan penjualan cawangan-cawangan bank Cyprus dijangka mengurangkan bank-bank di Cyprus ditutup sepanjang minggu lalu dan tidak akan dibuka sehingga Selasa ini.
#Cyprus #krisis ekonomi #Nicos Anastasiades #pertemuan
;