Presiden Comoros Azali Assoumani cedera ditikam dengan pisau

Bernama
September 14, 2024 13:05 MYT
Motif di sebalik serangan terhadap Assoumani (gambar) itu masih tidak jelas dan penyerang, yang identitinya belum didedahkan, kini dalam tahanan polis. - Foto Reuters
NAIROBI: Presiden Comoros Azali Assoumani cedera ringan akibat ditikam dengan pisau oleh penyerangnya pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.
Seorang penyerang tunggal menghampiri presiden dan menikamnya dengan pisau, menurut akhbar harian Habari Za Comores.
Kakitangan keselamatan dengan pantas bertindak dan menangkap penyerang, tambahnya.
"Ketua Negara Kesatuan Comoros telah ditikam semasa beliau berada di bandar Salimani Itsandra sempena kematian rakan rapat Mufti Republik. Nyawanya tidak dalam bahaya," menurut akhbar itu.
Motif di sebalik serangan itu masih tidak jelas dan penyerang, yang identitinya belum didedahkan, kini dalam tahanan polis, dan siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#Presiden Comoros #Azali Assoumani #cedera ditikam #pisau
;