Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel

Bernama
Ogos 19, 2024 17:40 MYT
Petro berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza. -Gambar fail/Reuters
BOGOTA (Colombia): Presiden Colombia Gustavo Petro telah menandatangani dekri presiden pada Ahad yang melarang eksport arang batu ke Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelancongan Colombia pada Jun lepas telah menggesa sekatan ke atas penjualan arang batu ke Israel.
Pada Mei lepas, Presiden Colombia mengumumkan untuk memutuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel sambil menyifatkan kerajaan Netanyahu melakukan genosid.
-- BERNAMA
#Colombia #Gustavo Petro #Israel #Gaza
;