Presiden China Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis

Bernama
Oktober 23, 2022 18:31 MYT
Pada sesi itu Xi turut dinamakan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat CPC. - Fail/REUTERS
BEIJING: Presiden China Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada sesi pleno pertama jawatankuasa itu pada Ahad, lapor Xinhua, memetik pernyataan.
Sesi itu yang dipengerusikan Xi dihadiri 203 ahli Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 dan 168 ahli berganti-ganti (alternate).
Pada sesi itu Xi turut dinamakan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat CPC.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang dipilih pada sesi itu ialah Xi Jinping, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang dan Li Xi.
Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China
-- BERNAMA
#Presiden China #Xi Jinping #Setiausaha Agung PKC #Parti Komunis China
;