Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza
Astro Awani
Februari 24, 2024 07:40 MYT
Februari 24, 2024 07:40 MYT
BRASILIA: Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva sekali lagi mengulangi kenyataan mengecam Israel.
Dalam satu majlis, Lula da Silva menuduh Israel melakukan pembersihan etnik di Gaza.
Beliau juga tegaskan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
"Palestin wujud secara harmoni dengan Israel, saya mahu katakan, apa yang dilakukan kerajaan Israel ini bukan perang, ia adalah pembersihan etnik, kerana ia membunuh wanita dan kanak-kanak," katanya.
Lula da silva sebelum ini turut mencetus kemarahan Israel apabila menyamakan perang Israel di Gaza dengan holocaust pembunuhan Yahudi oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Israel sifatkan kenyataan Lula da Silva sebagai tidak boleh diterima.