Presiden Brazil Bolsonaro dimasukkan ke hospital

Bernama
Mac 29, 2022 07:03 MYT
Bolsonaro dipindahkan ke hospital Angkatan Tentera di Brasilia pada petang Isnin untuk menjalani ujian akibat mengadu "ketidakselesaan". - Gambar fail/AP
BUENOS AIRES: Presiden Brazil Jair Bolsonaro telah dimasukkan ke hospital dan kini menjalani ujian kesihatan, lapor portal berita G1, memetik Menteri Komunikasi Fabio Faria sebagai berkata.
Presiden Bolsonaro telah dipindahkan ke hospital Angkatan Tentera di Brasilia pada petang Isnin untuk menjalani ujian akibat mengadu "ketidakselesaan", menurut laporan itu.
Menurut isterinya yang juga Wanita Pertama Michelle Bolsonaro, ahli politik itu dalam keadaan sihat, lapor Sputnik.
Pada awal Januari, presiden turut menerima rawatan di hospital kerana masalah usus.
Bolsonaro mengalami masalah kesihatan selepas cubaan membunuhnya pada 2018.
Beliau pernah ditikam semasa berkempen di bandar Juiz de Fora, negeri Minas Gerais, hampir sebulan sebelum pilihan raya.
Tikaman itu merosakkan arteri mesenterik yang membekalkan darah ke usus.
Selepas kejadian itu, Presiden Brazil telah menjalani beberapa pembedahan.
-- BERNAMA
#Presiden Brazil #dimasukkan ke Hospital #air Bolsonaro