Presiden Biden ucap selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam

Bernama
Mei 2, 2022 10:47 MYT
Biden berkata, pada Isnin, Rumah Putih akan menyambung semula tradisi meraikan Aidilfitri dan mengiktiraf umat Islam "yang mengetuai usaha untuk menjana persefahaman lebih baik dan perpaduan merentasi negara kita". - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden mengucapkan selamat menyambut Adidilfitri kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.
Hari pertama sambutan Aidilfitri jatuh pada Isnin di sebahagian besar negara-negara Islam dunia, yang menandakan berakhirnya bulan mulia Ramadan.
"Semasa umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia mengakhiri bulan Ramadan dan meraikan Aidilfitri, Jill dan saya menyampaikan ucapan selamat menyambut bagi mereka yang meraikannya," kata Bidan dalam satu kenyataan, menurut Agensi Anadolu.
"Semasa umat Islam merentasi AS meraikan Aidilfitri, marilah kita memperbaharui dedikasi kita kepada komitmen asas untuk berperanan sebagai punca harapan bagi golongan yang tertindas di seluruh dunia," katanya.
Pada Isnin, Rumah Putih akan menyambung semula tradisi meraikan Aidilfitri dan mengiktiraf umat Islam "yang mengetuai usaha untuk menjana persefahaman lebih baik dan perpaduan merentasi negara kita".
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Biden #Amerika Syarikat #Umat Islam