Presiden Benigno Aquino III mohon maaf
Astro Awani
Mei 15, 2013 07:54 MYT
Mei 15, 2013 07:54 MYT
Presiden Filipina Benigno Aquino III mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan Taiwan.
Tindakan itu menyusul sehari selepas permohonan maaf sebelum ini ditolak Taiwan.
Perkembangan itu juga menyusul ketika Taiwan bertindak memutuskan hubungan diplomasi dengan Filipina.
Ini termasuk mengusir Duta Filipina ke Taiwan, Antonio Basilio.
Selain itu, Taiwan turut membekukan pengambilan pekerja Filipina dan melarang rakyatnya membuat perjalanan ke negara di Asia Tenggara.
Menurut kenyataan, wakil khas Filipina Amadeo R. Perez akan bertemu keluarga mangsa Hung Shi Chen, untuk menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku.
Namun, Taiwan menegaskan tidak akan mengalu-alukan kedatangan Perez.
Shi Chen, nelayan Taiwan berusia 65 tahun, meninggal dunia ditembak pengawal pantai Filipina.
Filipina mempertahankan tindakan itu, atas alasan pengawal pantainya terpaksa melepaskan tembakan, kerana nelayan tersebut cuba merempuh bot mereka.