Presiden baharu Nepal angkat sumpah jawatan

Bernama
Mac 14, 2023 08:45 MYT
Ram Chandra Poudel (tengah) mengangkat sumpah di hadapan Bidya Devi Bhandri (kiri) dan Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal (kanan) di bangunan presiden 'Shital Niwas' di Kathmandu, Nepal, 13 Mac 2023. REUTERS
KATHMANDU: Presiden baharu Nepal Ram Chandra Poudel mengangkat sumpah pada Isnin bagi memulakan penggal lima tahunnya.
Poudel mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan di hadapan pemangku Ketua Hakim Negara Hari Krishna Karki di Pejabat Presiden.
Beliau menggantikan presiden sebelum ini Bidya Devi Bhandri.
Poudel, 78, menang pemilihan presiden yang berlangsung pada 9 Mac, sekali gus menjadi presiden ketiga Nepal.
Pemilihan presiden melibatkan Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tujuh Dewan Wilayah.
--BERNAMA-XINHUA
#Presiden Nepal #angkat sumpah #Ram Chandra Poudel #Nepal
;