Presiden Argentina lantik Perdana Menteri baharu
Bernama
Februari 14, 2023 21:29 MYT
Februari 14, 2023 21:29 MYT
MOSCOW: Presiden Argentina Alberto Fernandez melantik bekas menteri pertahanan Agustin Rossi sebagai perdana menteri baharu, menurut kenyataan pejabat presiden pada Selasa.
"Alberto Fernandez dan Ketua Staf Juan Manzur bersetuju supaya Juan Manzur kembali ke wilayah Tucuman untuk mengetuai kempen pilihan raya yang akan mempromosi Osvaldo Jaldo untuk jawatan gabenor.
"Untuk itu, Juan Manzur perlu meletakkan jawatan dan mulai 15 Februari, Agustin Rossi akan menjadi ketua Kabinet," menurut kenyataan itu.
Sputnik melaporkan Rossi, pengarah Agensi Perisikan Persekutuan, akan menjadi perdana menteri ketiga yang berkhidmat dalam kerajaan Fernandez.
-- BERNAMA