Presiden Argentina derma gaji kepada dapur jalanan

AFP
Januari 16, 2016 21:12 MYT
Macri, 56, juga pernah menjadi pengerusi kelab bola sepak terkemuka Argentina, Boca Juniors pada tahun 1998 - Foto AFP
Presiden baharu Argentina, Mauricio Macri bakal menderma seluruh gajinya kepada sebuah dapur jalanan di Buenos Aires.
Macri yang memperoleh 61,000 pesos (RM20,400) sebulan akan menyerahkan gajinya kepada sebuah pertubuhan kebajikan persendirian yang menyediakan makanan kepada lebih 1,800 orang gelandangan di Villa Soldati, sebuah kawasan berpendapatan rendah di selatan ibu negara Argentina.
Macri dilaporkan telah membuat perkara yang sama ketika memegang jawatan Datuk Bandar Buenos Aires.
Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden pada 10 Disember lalu, Macri telah melaksanakan pelbagai perubahan untuk memulihkan ekonomi Argentina.
#Argentina #Dapur Jalanan #Mauricio Macri
;