Presiden Algeria angkat sumpah penggal kedua

Bernama
September 18, 2024 12:10 MYT
Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune. - REUTERS
ALGIERS: Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune mengangkat sumpah pada Selasa bagi memulakan penggal lima tahun selepas meraih kemenangan kali kedua dalam pilihan raya presiden pada 7 Sept, lapor Agensi Anadolu.
Tebboune, yang memperoleh 84.30 peratus undi mengarahkan kerajaan Perdana Menteri Nadir Larbaoui untuk meneruskan tugasnya selepas perdana menteri itu mengemukakan peletakan jawatan susulan keputusan pilihan raya itu.
Larbaoui mengemukakan peletakan jawatan kerajaannya sebagai sebahagian daripada "prosedur perlembagaan wajib" berikutan pelantikan presiden yang baharu dipilih, menurut kenyataan pejabat presiden.
-- BERNAMA
#Presiden Algeria #Abdelmadjid Tebboune #pilihan raya
;