Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani janji ikhtiar cari jalan penyelesaian terbaik

Khairunnisa Kasnoon
Ogos 14, 2021 19:43 MYT
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menegaskan, kerajaan Afghanistan juga mencari jalan untuk membantu ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal susulan pertempuran yang berlaku. - Gambar fail/REUTERS
Menyusun dan mengatur semula Pasukan Keselamatan Nasional Afghanistan ke seluruh negara merupakan keutamaan buat masa ini, kata Presiden Afghanistan Ashraf Ghani.
Beliau turut meberitahu, kerajaan Afghanistan juga mencari jalan untuk membantu ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal susulan pertempuran yang berlaku.
Tampil berucap buat pertama kali sejak serangan Taliban lapan hari lalu, Ashraf berjanji, untuk terus menjaga kestabilan dan keamanan negara.
"Saya tahu anda semua bimbang tentang keadaan semasa dan masa depan anda.
"Saya memberi jaminan, sebagai presiden anda semua, fokus saya adalah untuk mencegah ketidakstabilan, keganasan, dan pemindahan mereka yang terkesa.
"Sebagai orang yang bertanggungjawab, saya cuba mencegah perang yang memungkinkan akan menyebabkan pembunuhan nyawa orang yang tidak bersalah," ujarnya.
Sehubungan itu, pihaknya telah memulakan rundinagn yang terperinci dengan dengan pemimpin-pemimpin politi, perwakilan dari semua lapisan masyarakt serta rakan antarabangsa bagi mencari jalan penyelesaian.
"Rundingan ini akan berlangsung dengan cepat dan hasilnya akan dikongsikan segera kepada seluruh rakyat," katanya lagi.
#Afghanistan #Taliban #Ashraf Ghani #perang
;