Premis kitar semula di Taman Perindustrian Woodlands terbakar
Astro Awani
September 17, 2022 12:00 MYT
September 17, 2022 12:00 MYT
SINGAPURA: Satu kebakaran dilapor berlaku pagi Sabtu di sebuah taman perindustrian di Woodlands.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam maklumannya di akaun Facebook berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8.40 pagi.
Kebakaran melibatkan longgokan besar sisa kitar semula itu menyebabkan kepulan asap hitam dilihat di udara.
Sebanyak 10 kenderaan kecemasan dan kira-kira 70 anggota bomba dikerah ke lokasi.
Menurut SCDF, api berjaya dikawal kira-kira jam 10 pagi, namun operasi memadam kebakaran masih diteruskan.
Kira-kira 25 pekerja telah mengosongkan premis itu sebelum ketibaan SCDF.
Sebagai langkah keselamatan, polis dan SCDF memindahkan kira-kira 90 orang dari premis berdekatan.
Premis yang terbakar dipercayai milik dua syarikat pengeluar produk plastik dan kontraktor pengubahsuaian, lapor The Straits Times.