PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza
Astro Awani
Jun 21, 2024 08:00 MYT
Jun 21, 2024 08:00 MYT
TEBING BARAT: Bantuan kemanusiaan berupa bekalan daging sebanyak 11 tan telah tiba di Tebing Barat.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan kru kapalnya akan memindahkan bantuan berkenaan ke Semenanjung Gaza dan akan diedarkan kepada semua rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di tengah dan selatan Gaza.
Sukarelawan PRCS akan mengagihkan daging itu selama tiga hari berturut-turut kepada ribuan keluarga dengan penyelarasan bersama badan dan jawatankuasa komuniti tempatan.
Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.
Penyampaian bantuan kemanusiaan menjadi tegang sejak Israel merampas dan menutup sempadan Rafah dengan Mesir pada awal Mei.