Pra-UNHA: Isu dana dan pembiayaan jadi perdebatan hangat

Dzulfitri Yusop
Jun 5, 2023 14:35 MYT
Turut mencuri tumpuan pada sesi itu ialah kehadiran wanita terkaya dari Brazil, Luiza Trajano yang menjalinkan kerjasama bersama UN-Habitat. - Gambar/ Astro AWANI
NAIROBI: Isu kewangan bagi membiayai masalah yang berkaitan perbandaran dan penempatan mencuri perhatian dalam sesi meja bulat perniagaan pada pra-Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) kedua yang berlangsung di Nairobi, Kenya.
Sesi ini menjadi platfrom diskusi dan debat antara pemegang taruh daripada industri, perniagaan dan pakar perbandaran seluruh dunia bagi mencari solusi terpantas dalam isu penempatan dan bandar.
Perkara berkaitan kewangan dan pembiayaan menjadi topik hangat kerana terdapat jurang di antara keperluan menangani isu urbanisasi yang mampan dan juga pelaburan yang sepatutnya dilakukan oleh seKtor perniagaan.
“Kita tidak dapat melaksanakan polisi yang telah digubal tanpa peruntukan kewangan,” tegas Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Shariff.
Justeru bagi memastikan strategi pelaksanaan yang berkesan, suntikan pelaburan dan dana perlu dilakukan dengan pendekatan yang lebih inovatif.
“Pembuat polisi dan sektor perniagaan perlukan juga penglibatan masyarakat bagi memastikan pelaburan projek yang dijalankan tidak menjadi projek ‘gajah putih’," katanya pada sesi itu.
Niaga AWANI: Isu dana & pembiayaan curi tumpuan pra UNHA ke 2
Turut mencuri tumpuan pada sesi itu ialah kehadiran wanita terkaya dari Brazil, Luiza Trajano yang menjalinkan kerjasama bersama UN-Habitat melalui inisiatif ‘Women Led Cities’ yang bermatlamat untuk meningkatkan peratusan wanita di peringkat pembuat keputusan.
Perhimpunan UN-Habitat berlangsung di Kompleks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Nairobi, Kenya sehingga 9 Jun depan.
#Perhimpunan UN-Habitat #isu kewangan #masalah perbandaran #Maimunah Shariff
;