Portugal, Itali alami kemarau melampau

Astro Awani
Ogos 12, 2022 10:15 MYT
Keadaan kebakaran hutan di Videmonte, Celorico da Beira, Portugal, 11 Ogos 2022. REUTERS
PORTUGAL menghadapi musim panas yang teruk dengan gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan.
Empat puluh lima peratus daripada kawasan utamanya diklasifikasikan sebagai kemarau melampau di tahap tertinggi, manakala selebihnya diletakkan dalam kategori keadaan teruk.
Di Almourol Castle, sungai berada pada tahap sangat cetek sehingga ramai yang boleh menyeberanginya dengan berjalan kaki.
Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihak berkuasa bertindak mengepung kawasan tersebut dari dimasuki pejalan kaki.
Bot-bot ketika ini hanya boleh melalui laluan utama sahaja.
Sementara itu, di Itali, sungai terpanjang yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong dan rakyat tempatan untuk menyejukkan diri ketika musim panas kini sepi.
Ia susulan kemarau akibat cuaca panas terik yang menyaksikan Sungai Po semakin cetek, membolehkan orang ramai berjalan di sepanjang sungai dan bukan berenang seperti kebiasaan.
Malah, bot-bot juga tidak dapat menggunakan laluan sungai memandangkan paras sungai hanya mencecah setengah meter ketika ini.
Untuk rekod, Sungai Po sepanjang 652 kilometer mengalir dari bandar laut Turin ke Venice dan turut merangkumi berpuluh-puluh anak sungai.
Suhu yang lebih tinggi dicatatkan sejak kebelakangan ini dengan ketiadaan hujan selama berbulan-bulan memburukkan lagi keadaan.
Ia menyebabkan Lembangan Po tanpa takungan air untuk musim panas dan memberi kesan terhadap ekonomi, pelancongan dan pertanian sekitarnya.
#kemarau melampau #Portugal #Itali #kebakaran hutan
;