WASHINGTON: Kos sara hidup yang murah, pemandangan yang indah dan pilihan visa mesra pengembara menjadikan Portugal negara terbaik untuk didiami pada 2023.
Indeks Tahunan Persaraan Global International Living menyenaraikan 10 negara destinasi persaraan terbaik untuk tahun ini yang bukan sahaja untuk pesara.
Memandangkan kerja di luar pejabat sudah menjadi kelaziman dan orang ramai mahukan gaya hidup yang lebih mudah, negara dalam senarai itu mungkin menarik minat generasi muda, lapor United Press International (UPI).
Pada 2022, Portugal disenaraikan sebagai negara keenam paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global Vision of Humanity. Pertubuhan Kesihatan Dunia menyenaraikan penjagaan kesihatannya ditangga ke-12 dunia berdasarkan kemampuan dan kualiti.
Infrastruktur negara itu serupa dengan Amerika Syarikat dan banyak kawasan dilengkapi perkhidmatan Internet gentian optik, menjadikan kerja dari luar pejabat mudah dilakukan.
Perpindahan warga asing merupakan perkara biasa di Portugal yang menyumbang kira-kira lima peratus penduduknya.
Terry Coles dari International Living berkata seseorang boleh menampung semua perbelanjaan hidup mereka antara AS$2,000 dan AS$3,000 sebulan atau kurang jika mereka memilih kawasan luar bandar.
Mexico, Panama, Ecuador dan Costa Rica melengkapkan lima negara teratas dalam senarai itu.
Kira-kira 10 peratus penduduk Costa Rica terdiri ekspatriat. Negara ini mempunyai berpuluh-puluh iklim mikro dan merupakan antara kerajaan paling stabil di dunia, dan digelar sebagai Switzerland Amerika Tengah.
Sepanyol, Greece, Perancis, Itali dan Colombia melengkapkan senarai 10 teratas, masing-masing dengan kelebihan tersendiri.
Kira-kira tiga hingga empat peratus penduduk dunia berpindah ke negara lain setiap tahun. Eropah dan Asia menjadi tuan rumah lebih 60 peratus pendatang, jauh mengatasi Amerika Utara dan seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Pada 2022, Portugal disenaraikan sebagai negara keenam paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global Vision of Humanity. - REUTERS
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman.
Rekod sentiasa mengejar saya - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo meraikan gol ke-900 dalam kariernya, tetapi kapten Portugal itu menganggap dirinya 'dihantui' rekod.
Ratusan anggota bomba dikerah padam kebakaran Pulau Madeira
Usaha memadam api kebakaran itu dilaporkan berdepan kesukaran berikutan angin kencang.
Ronaldo beri bayangan terus beraksi untuk Portugal
CRISTIANO Ronaldo memberi bayangan dia akan terus bermain untuk Portugal selepas pasukan itu tersingkir dari kejohanan Euro 2024.
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo
Desas-desus mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya mewakili skuad kebangsaan dalam EURO berkemungkinan menjadi kenyataan.
EURO 2024: Perjuangan Cristiano Ronaldo berakhir, Perancis hantar Portugal awal ke lapangan terbang
Skuad kendalian Didier Deschamps akan meneruskan kemaraan berjumpa juara Euro 2012, Sepanyol dalam perebutan separuh akhir, minggu depan.
EURO 2024: 'Tak adil kritik persembahan Perancis'
Guy Stephan berkata, tidak adil untuk mengkritik prestasi pasukan di Euro 2024 kerana mereka tidak pernah berjanji untuk memenangi kejohanan itu.