Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
Bernama
November 26, 2024 22:07 MYT
November 26, 2024 22:07 MYT
CHENGDU: Populasi panda raksasa dalam kurungan di seluruh dunia kini mencecah 757 ekor, kata Guan Zhi'ou, Ketua Pentadbiran Hutan dan Padang Rumput Negara, pada Persidangan Rakan Panda Global 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu pada Selasa.
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar dan menghubungkan habitat 85 peratus daripada populasi panda liar di negara ini, menurut Guan, lapor agensi berita Xinhua.
Pada masa ini, populasi panda raksasa liar di China dianggarkan sekitar 1,900 ekor.
Beliau menambah bahawa China telah menjalin kerjasama penyelidikan pemuliharaan panda raksasa dengan 26 institusi di 20 negara, yang menyaksikan kelahiran 71 anak panda.
Pada masa depan, China akan memperkukuh pembangunan Taman Negara Panda Raksasa, membina platform kerjasama penyelidikan panda raksasa bertaraf dunia, serta melaksanakan kerjasama dan pertukaran yang lebih meluas mengenai panda raksasa, menurut Guan.
-- BERNAMA