Populariti PM Australia mula menurun - Tinjauan
Bernama
November 15, 2021 11:30 MYT
November 15, 2021 11:30 MYT
CANBERRA: Populariti Perdana Menteri Australia Scott Morrison sebagai pemimpin pilihan semakin menurun, lapor Xinhua berdasarkan tinjauan.
Tinjauan terbaharu Newspoll yang disiarkan pada Ahad mendedahkan bahawa ketua pembangkang dari Parti Buruh, Anthony Albanese, mula merapatkan jurang dengan Morrison.
Sebanyak 46 peratus responden mengundi Morrison sebagai perdana menteri pilihan mereka manakala 38 peratus lagi menyokong Albanese.
Jurang itu adalah yang paling rapat antara kedua-duanya sejak Mac 2020 berbanding keputusan tinjauan pada Februari lalu apabila Morrison mendahului dengan 61-26.
Seramai 1,524 responden terlibat dalam tinjauan itu.
Sebanyak 38 peratus responden memilih Parti Buruh sebagai pilihan utama mereka pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan menjelang Mei 2022.
-- BERNAMA