Pope Francis sertai Instagram, raih sejuta pengikut dalam tempoh 12 jam

Syafique Shuib
Mac 20, 2016 20:51 MYT
Kemunculan Pope Francis dalam Instagram ternyata meninggalkan impak tersendiri. - AFP
POPE Francis melancarkan akaun peribadi Instagramnya pada Sabtu dan menerima sejuta pengikut dalam tempoh 12 jam.
Gambar pertama Pope Francis menunjukkan sedang berdoa dengan kapsyen “Doa untuk saya” dalam sembilan bahasa.
Gambar itu menerima 217,000 Likes setakat ini.
Lapor CNN.com, akaun itu berbeza daripada akaun rasmi Instagram Vatican, dan ia akan dikendalikan oleh pegawai di Vatican.
Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom turut berada di sisi Pope Francis ketika pelancaran akaun Instagram itu.
“Selamat datang ke Instagram,” kongsi Systrom di Instagram.
Kejayaan Pope Francis memecah rekod David Beckham yang sebelum ini berjaya mendapat sejuta pengikut dalam tempoh 24 jam.
#David Beckham #Instagram #Kevin Systrom #Pope Francis
;