Pope Francis hairan usaha kembalikan keamanan di Syria sangat lambat

Agensi
April 15, 2018 18:55 MYT
FRANCIS: Saya merayu sekali lagi kepada pemimpin-pemimpin dunia, supaya keadilan dan keamanan dapat dikembalikan. - Reuters
Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, pada Ahad menyeru para pemimpin dunia supaya memperbaharui usaha untuk mengmbalikan keamanan di Syria, lapor Reuters.
Francis juga berkata, dirinya sangat kecewa dengan kegagalan mewujudkan perancangan bersama untuk menoktahkan pertumpahan darah di negara konflik tersebut.
"Saya merayu sekali lagi kepada pemimpin-pemimpin dunia, supaya keadilan dan keamanan dapat dikembalikan.
"Saya sangat terganggu dengan situasi semasa dunia. Walaupun dengan kewujudan pelbagai kaedah untuk menghubungkan kimuniti antarabangsa, masih sukar untuk bersepakat bagi melaksanakan tindakan demi keamanan Syria dan rantau lain di dunia ini," ujar Francis dalam ucapan mingguannya di Dataran St. Peter.
Pada Ahad lalu, Francis mengutuk insiden serangan menggunakan gas beracun di Syria, yang disifatkan sebagai 'instrumen penghapusan'.
Amerika Syarikat, Perancis dan Britain telah melancarkan serangan peluru berpandu pada awl Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan kimia Syria itu. Ia adalah campur tangan terbesar oleh Barat terhadap Syria, yang disokong Rusia dan Iran.
#Amerika Syarikat #Britain #gas racun #keamanan #Perancis #perang #Pope Francis #Syria #toksik
;