Pope Benedict XVI akan letak jawatan 28 Februari

AFP
Februari 11, 2013 21:29 MYT
Pope Benedict XVI mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan dari memegang tugasnya pada 28 Februari ini atas faktor usia.
Langkah yang diambil itu dianggap sebagai satu langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Gereja Katolik.
Pemimpin gereja yang berusia 85 tahun itu mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat bersama barisan kardinal gereja di Vatican.
Dalam satu temubual pada 2010, Benedict pernah membayangkan yang beliau mungkin akan meletakkan jawatan sekiranya beliau merasakan tidak mampu lagi meneruskan tugasannya itu.
#Gereja Katolik #Pope Benedict XVI #Vatican City
;