Pondan malang didakwa diserang dan 'diramas' secara seksual oleh dua wanita
Agensi
Januari 11, 2019 14:53 MYT
Januari 11, 2019 14:53 MYT
Polis di Carolina Utara Amerika Syarikat mengesahkan pihaknya telah menahan dua wanita kerana menyerang secara seksual seorang wanita transgender atau pondan dalam satu kejadian di sebuah bar di Raleigh.
Insiden itu berlaku pada 9 Disember lalu dalam tandas wanita di bar berkenaan.
Wanita terbabit masing-masing dikenal pasti sebagai Amber Harrell, 38, dan Jessica Fowler, 31.
Menurut pondan itu, dia diserang di sebuah bar bernama Milk Bar pada tarikh tersebut.
Katanya, semuanya berrmula selepas dia memasuki tandas wanita untuk memeriksa rambut dan mekap sebelum kedua-dua wanita itu mula mengusiknya.
Dia mendakwa telah diculik selepas pertikaman lidah hyang hangat selain didera secara seksual termasuk diramas kemaluannya.
Laporan menerusi talian kecemasan 911 dibuat pada keesokan harinya.
Kedua-duanya wanita itu kemudiannya dituduh melakukan penculikan darjah kedua dan serangan seksual ke atas mangsa.
Polis telah membebaskan kedua-dua wanita terbabit masing-masing dengan ikat jamin AS$50,000 (RM204,870) dan AS$30,000 (RM122.925). - Agensi