Politik Israel: Pembangkang siap siaga cubaan gagalkan gabungan

Astro Awani
Jun 7, 2021 00:48 MYT
Yair Lapid pada sidang media mengumumkan penubuhan gabungan parti baharu, di Tel Aviv, Israel, 21 Feb, 2019. - Gambar fail REUTERS
PAKATAN yang menyaingi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertemu di Tel Aviv pada Ahad bagi menepis sebarang cubaan untuk menggagalkan perikatan bersama itu.
Pemimpin pembangkang, Yair Lapid dan rakan utamanya, Naftali Bennet memaklumkan, mereka mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan baharu, menumbangkan Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel paling lama.
Mereka kini memperoleh majoriti di Parlimen yang mempunyai 120 ahli.
Gabungan itu terdiri daripada lapan parti dari seluruh spektrum politik dengan misi sama iaitu menjatuhkan Netanyahu.
Pakatan itu termasuk ada antara mereka yang merupakan penyokong tegar Netanyahu sebelum ini serta parti dan beberapa wakil Parti Arab.
Namun pakatan ini dilihat masih rapuh kerana perlu melalui perjalanan yang sukar pada masa hadapan.
Bennet yang dijadualkan akan menjadi perdana menteri, mendapat tekanan hebat kerana dituduh khianat dalam kalangan rakyat.
Ini kerana beliau sebelum ini merupakan rakan sekutu kepada Netanyahu.
Di bawah perjanjian yang dipersetujui, Lapid dan Bennet akan membahagikan tugas perdana menteri secara bergilir-gilir.
#Israel #pakatan #pembangkang #Benjamin Netanyahu #Yair Lapid #Naftali Bennet #parti Arab