Polisi baru penggunaan senjata AS

Astro Awani
Januari 10, 2013 17:46 MYT
White House berikrar untuk mewujudkan polisi baru melibatkan penggunaan senjata.
Ia merupakan usaha bagi mengelakkan insiden tembakan rambang melibatkan kematian 26 orang termasuk 20 kanak-kanak di Connecticut berulang.
Bagi tujuan itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata, White House juga bersedia menggunakan kuasa eksekutif sekiranya langkah itu ditolak oleh Kongres.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan beberapa siri pertemuan di White House mengenai keganasan melibatkan senjata.
Biden dan anggota panel yang ditubuh selepas tragedi 14 Disember itu telah diarahkan oleh Presiden Barack Obama untuk membentangkan cadangan mengenai polisi senjata hujung bulan ini.
Usaha mengawal senjata ini merupakan agenda utama Obama.
#Amerika Syarikat #Polisi penggunaan senjata
;