Polis UK kenal pasti penyerang London

Agensi
Jun 5, 2017 07:14 MYT
Suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt dan Rachid Redouane. - Foto Metropolitan Police / AP
Polis Metropolitan United Kingdom menamakan dua daripada suspek yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di sini.
Salah seorang suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, berusia 27 tahun, warga Britain kelahiran Pakistan.
Sementara seorang lagi suspek dikenal pasti sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.
Kedua-dua suspek berasal dari kawasan kejiranan Barking di timur London.
BACA: Serangan London: Tiga suspek ditembak mati, dua lagi ditahan
BACA: 7 orang awam maut dalam serangan di London
Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti suspek penyerang ketiga.
Seramai tujuh orang maut dalam serangan rempuhan van dan tikaman pada malam Sabtu, sementara 48 yang lain cedera.
Polis berjaya menembak mati tiga suspek lelaki, yang menggunakan van sewa untuk merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menyerang orang ramai di Borough Market dengan pisau.
#Khuram Shazad Butt #london bridge #Polis Metropolitan #polis UK #Rachid Redouane #tikam
;