Polis Turki tahan 50 individu sertai perarakan LGBT

Agensi
Jun 26, 2023 00:45 MYT
Anggota polis Turki mengawal keadaan di kawasan perarakan komuniti LGBT di Istanbul. - REUTERS
ISTANBUL: Ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di Istiklal Avenue, tempat tradisional untuk perarakan.
Polis Turki menahan sekurang-kurangnya 50 individu selepas komuniti LGBT Istanbul mengadakan perarakan tahunan mereka, pada ahad
Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan parti AK yang berakar umbi islam telah memperkukuhkan pendiriannya terhadap kebebasan golongan berkenaan.
Bercakap selepas kemenangan pilihan rayanya dalam pusingan akhir bulan lalu, erdogan menuduh parti pembangkang sebagai "pro-LGBT".
Pada Ahad, polis yang memakai peralatan rusuhan menghalang akses ke Istiklal Avenue, tempat tradisional untuk perarakan pride serta Dataran Taksim Tengah.
Jalan-jalan berhampiran telah disekat dan pengangkutan awam di kawasan itu digantung.
Pada Ahad, ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di taman mistik di daerah Sisli.
Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata di twitter bulan ini bahawa sebarang aktiviti yang mengancam struktur keluarga tradisional tidak akan dibenarkan. - Agensi
#Recep Tayyip Erdogan #rusuhan #LGBT