Polis Turki guna meriam air leraikan penunjuk perasaan
Astro Awani
Jun 23, 2013 08:07 MYT
Jun 23, 2013 08:07 MYT
Polis Turki menggunakan meriam air bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Taksim.
Penunjuk perasaan kembali ke dataran berkenaan bagi memperingati tiga rakan mereka dan seorang anggota polis yang maut sepanjang protes anti kerajaan berlangsung.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan terus melaungkan slogan anti perdana menteri Recep Tayib Erdogan.
Selepas beberapa jam polis kemudian memberi arahan agar mereka bersurai namun tidak diendahkan.
Ia memaksa meriam air digunakan dan gas pemedih mata dilepaskan.
Bagaimanapun, tindakan polis kali ini dikatakan lebih berhemah berbanding sebelum ini.
Protes di turki bermula tiga minggu lepas selepas polis merempuh kawasan perhimpunan aktivis alam sekitar yang menentang Pelan Pembangunan Taman Gezi.