Polis Thailand tumpaskan sindiket penipuan pusat panggilan

Bernama
Ogos 15, 2019 06:06 MYT
Sindiket penipuan pusat panggilan ini dikenal pasti menipu 21 mangsa sejak Oktober tahun lepas hingga sekarang.
Polis Thailand berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pusat panggilan dengan tertangkapnya 13 lelaki warga Taiwan yang menipu mangsa membabitkan sekurang-kurangnya 30 juta Baht.
Ketua Biro Imigresen Thailand, Lt Jen Sompong Chidduang berkata 13 rakyat Taiwan termasuk tiga wanita diberkas di sebuah rumah di Daerah Mueng di Wilayah Chonburi, pada Rabu.
"Kami menerima maklumat dari rakan sejawatan dari Taiwan mengenai sindiket penipuan pusat panggilan ini yang menipu 21 mangsa sejak Oktober tahun lepas hingga sekarang," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Beliau berkata seorang mangsa ditipu membabitkan kerugian 7.2 juta Baht.
Polis juga menemukan 44 telefon bimbit, 43 telefon talian daratan dan 17 internet router, 10 komputer, komputer riba dan Voice Over Internet Protocol (VOIP).
Kesemua suspek ditahan di Bangkok sementara menunggu untuk proses deportasi.
-- BERNAMA
#Bangkok #deportasi #Imigresen #mangsa #penipuan #polis #Pusat Panggilan #rumah #sindiket #Sompong Chidduang #suspek #Taiwan #Thailand
;