Polis Thailand akan tangkap pemain Pokemon Go di 10 zon larangan

Syafique Shuib
Ogos 23, 2016 22:27 MYT
Setakat ini, 10 jalan raya Bangkok dikenalpasti sebagai zon larangan untuk bermain Pokemon Go. - Foto AFP
Polis Thailand telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menangkap pemandu dan pejalan kaki yang bermain Pokemon Go di zon larangan yang telah ditetapkan.
Memetik laporan The Bangok Post, polis tempatan mendapati kemalangan yang berkaitan Pokemon Go kian meningkat di beberapa jalan raya tertentu di ibu kota Thailand.
Menurut pemangku ketua polis Bandar Bangkok Sanit Mahathavorn, pasukan yang terdiri dari 50 anggota polis akan menggunakan peranti mereka untuk menangkap gambar pesalah.
Setakat ini, 10 jalan raya Bangkok dikenal pasti sebagai zon larangan untuk bermain Pokemon Go.
Antaranya adalah Jalan Sukhumvit dan Phaya Thai.
Laporan itu turut berkata, pesalah akan didenda sehingga 1000 Baht (RM116.42) jika terlibat dalam tingkah laku berisiko.
#Pokemon GO #polis thailand #zon larangan