Polis tahan suspek utama rogol dan bakar

Sinar Harian
Mei 6, 2018 18:03 MYT
Dhanu Bhuiyan ditemui bersembunyi di rumah saudaranya selepas dia dan rakan subahatnya membakar hidup-hidup mangsa pada Jumaat. - Foto agensi
Polis India hari ini berkata mereka telah menahan suspek utama kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
Seorang ketua kampung turut ditahan sementara keluarga suspek berusia 16 tahun itu diberikan perlindungan polis.
Suspek dikenali sebagai Dhanu Bhuiyan ditemui bersembunyi di rumah saudaranya selepas dia dan rakan subahatnya membakar hidup-hidup mangsa pada Jumaat di sebuah daerah terpencil di negeri Jharkhand.
Dhanu bertindak demikian kerana berang selepas dia diarahkan melakukan 100 kali tekan tubi dan diarah membayar 50,000 rupee (RM 2,948) sebagai pampasan kerana merogol mangsa.
BACA: Gadis dirogol bapa saudara dan anak lelaki selama 3 bulan
BACA: Bila saya tersedar, pakaian saya basah - Mangsa rogol di madrasah
BACA: Kanak-kanak enam tahun diculik, dirogol jiran
#bunuh #India #mangsa #polis #remaja #rogol #suspek
;