Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Astro Awani
Julai 5, 2022 11:00 MYT
Julai 5, 2022 11:00 MYT
HIGHLAND PARK: Suspek yang melepaskan tembakan ke atas pengunjung semasa perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Chicago, Amerika Syarikat telah berjaya ditahan.
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.
Media tempatan melaporkan polis dilihat mengepung sebuah kereta sebelum Crimo ditahan.
Punca kejadian dan motif suspek belum didedahkan.
Dalam kejadian pada Isnin, sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 36 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang semasa perarakan sempenan hari kebangsaan di Highland Park.
Siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan dari bumbung sebuah bangunan.
Polis turut menemui sepucuk senapang patah di bumbung sebuah bangunan di Highland Park.