Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan

Bernama
Disember 22, 2024 05:30 MYT
Walaupun polis melancarkan pemeriksaan bas secara rawak di seluruh negara, Weerasooriya (gambar) menggesa orang ramai untuk melaporkan pemanduan berbahaya oleh pengendali bas dengan menghubungi talian 119 atau 1997. - Foto X/@SriLankaTweet
COLOMBO: Polis Sri Lanka memulakan proses pemeriksaan bas penumpang di seluruh negara berikutan beberapa siri nahas membabitkan bas dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut seorang pegawai kanan polis pada Ahad, lapor Xinhua.
Pemangku Ketua Polis Negara Priyantha Weerasooriya berkata berdasarkan siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Beliau turut menyebut tentang kes pemandu bas yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Walaupun polis melancarkan pemeriksaan bas secara rawak di seluruh negara, Weerasooriya menggesa orang ramai untuk melaporkan pemanduan berbahaya oleh pengendali bas dengan menghubungi talian 119 atau 1997.
Weerasooriya berkata seramai 2,243 rakyat Sri Lanka terkorban dalam kemalangan jalan raya antara 1 Jan hingga 13 Dis tahun ini.
-- BERNAMA
#kemalangan #bas #Ketua Polis Negara Sri Lanka Priyantha Weerasooriya #pemeriksaan bas
;